
Penduduk di Khan Yunis, selatan Gaza membeli-belah untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta.
MENJELANG ketibaan Aidilfitri, suasana semakin meriah dengan pelbagai persiapan akhir oleh umat Islam di seluruh dunia.
Selepas sebulan berpuasa, lebaran disambut sebagai tanda kemenangan selain detik bermakna untuk mengeratkan silaturahim.
Bagi kebanyakan orang, tradisi pulang ke kampung halaman turut menjadi kemuncak untuk meraikan Syawal bersama insan tersayang.
Dengan penuh semangat dan keceriaan, pelbagai persiapan dilakukan termasuk menghias diri, menyediakan juadah tradisional serta membeli pakaian baharu. – AFP
KUWAIT

Seorang tukang jahit di sebuah pasar tradisional di Kuwait City menyiapkan tempahan baju pelanggan pada saat akhir.
EMIRIAH ARAB BERSATU

Beberapa pelanggan berkunjung ke sebuah kedai pakaian yang menawarkan diskaun menarik di Doha.
PAKISTAN

Golongan wanita tidak melepaskan peluang untuk membeli pelbagai aksesori perhiasan diri yang akan dipakai pada 1 Syawal.
INDONESIA

Warga kota yang ‘mudik’ sempena lebaran dari Jakarta terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya Cikampek, Jawa Barat.
BANGLADESH

‘Penumpang bumbung’ kereta api di sebuah stesen di Tongi antara yang memeriahkan suasana pulang ke kampung halaman.
Ringkasan AI
- Menjelang Aidilfitri, suasana semakin meriah dengan pelbagai persiapan akhir oleh umat Islam
- Selepas sebulan berpuasa, lebaran disambut sebagai tanda kemenangan
- Tradisi pulang ke kampung halaman menjadi kemuncak untuk meraikan Syawal
- Pelbagai persiapan dilakukan termasuk menghias diri dan menyediakan juadah tradisional
- Membeli pakaian baharu juga merupakan bagian dari persiapan Aidilfitri


