Jalan Cerita Simple Tapi Ramai Akui Iklan Raya Ini Paling ‘Kena’ Dengan Diri Sendiri

Jalan Cerita Simple Tapi Ramai Akui Iklan Raya Ini Paling ‘Kena’ Dengan Diri Sendiri

Tak semua orang bernasib baik lahir dalam keluarga senang.

Ada yang hidup serba lengkap, tapi ramai juga membesar dalam kesederhanaan.

Namun di sebalik segala kekurangan itu, ada satu perkara yang tetap sama iaitu kasih seorang ibu tak pernah berbelah bahagi.

Dari bebelan kepada pelukan, semua demi SPM

Dalam sebuah rumah kecil, seorang pelajar perempuan sedang berdepan detik penting dalam hidupnya untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setiap hari penuh dengan nota, latihan dan tekanan. Biasalah, bila stres datang, emosi pun jadi tak menentu.

Kadang merajuk, kadang marah, kadang rasa nak give up

Tapi di saat itulah, ibunya sentiasa ada.

Apa yang lebih menyentuh hati, si ibu sanggup ketepikan keperluan diri sendiri demi pastikan anaknya cukup segalanya dari yuran kelas tambahan sampailah ke keperluan harian.

Bila anak mula faham pengorbanan ibu

Lama-kelamaan, si anak mula sedar sesuatu. Setiap pengorbanan itu bukan kebetulan.

Setiap penat lelah ibunya, setiap duit yang dijimatkan, setiap masa yang diluangkan semuanya adalah tanda kasih yang tak pernah minta dibalas.

Dari situ, dia mula ubah cara terfikir, SPM bukan lagi sekadar peperiksaan tapi peluang untuk ubah hidup keluarga.

Video ni memang ‘kena’ di hati

Menampilkan Marrisa Yasmin, Duerra Matilda dan beberapa pelakon lain, Iklan Raya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya buat ramai hati yang tersentuh!

Jujur cakap, memang senang relate dengan emosi.

Sebab realitinya, ramai antara kita pernah berada di situ atau mungkin sedang melaluinya sekarang.

Iklan Raya ini bukan sekadar cerita namun merupakan cerminan kehidupan sebenar ramai rakyat Malaysia.

Simpan sikit, tapi ganjaran boleh jadi besar

Menerusi kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2026, masyarakat Malaysia berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai hampir RM1.4 juta untuk 954 pemenang. WOW, serius banyak!

Apa yang lebih menarik, korang berpeluang untuk join hanya ikuti beberapa langkah mudah ini sahaja:

Buka atau buat tambahan simpanan dalam akaun Simpan SSPN

  • Simpanan minimum serendah RM50
  • Tiada had bilangan cabutan
  • Buat simpanan melalui aplikasi myPTPTN, potongan gaji atau debit terus akan menikmati bilangan cabutan berganda iaitu 10 cabutan sekali gus memberi lebih banyak peluang untuk menang.
  • Tempoh kempen: 1 Januari hingga 31 Disember 2026

Maksudnya, lagi banyak simpan, lagi tinggi peluang untuk menang. Simple!

Hadiah bukan biasa-biasa

Ini bukan cabutan biasa tau. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk:

Hadiah Utama (Cabutan WOW! Plus Loyalty):

  • Honda CR-V 1.5L E
  • Perodua Ativa
  • Wang tunai sehingga RM30,000

yangkan, sambil menyimpan untuk masa depan anak, boleh pula bawa balik kereta baru. Win-win situation betul!

Cabutan WOW! Plus Siri 1 dah bermula!

Untuk yang nak mula sekarang, anda masih sempat sertai sebabnya Siri 1 kini berlangsung bermula dari 1 Januari sehingga 30 April 2026.

Jadi, kalau dah lama plan nak mula simpan, mungkin ini masa terbaik untuk take action!

Lebih dari sekadar simpanan

Apa yang menarik tentang Simpan SSPN bukan sekadar peluang menang, tapi manfaat jangka panjang.

Korang berpeluang membantu persediaan pendidikan anak-anak, meningkatkan disiplin dalam pengurusan kewangan serta pelbagai insentif dan kelebihan lain yang turut tersedia. Serius berbaloi!

Dalam erti kata lain, ini bukan sekadar ‘cuba nasib’, tapi langkah bijak untuk masa depan.

Tunggu apa lagi? Ayuh simpan di Simpan SSPN

Kadang-kadang kita selalu rasa “nanti dulu lah” bila bab simpan duit.

Tapi bila ada peluang macam ni yang mana sudah boleh menyimpan serta berpeluang memenangi hadiah besar, memang rugi sangat kalau lepaskan.

Mana tahu rezeki tahun ni, sambil menyimpan untuk anak, korang pula yang bawa pulang Honda CR-V 1.5L E nanti.

Ketahui lebih lanjut mengenai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2026 dengan klik di SINI.

Scroll to Top