Netizen dakwa Harris Alif curang! ‘Bersayang’, ‘I love you’ dengan wanita lain dalam game

Netizen dakwa Harris Alif curang! ‘Bersayang’, ‘I love you’ dengan wanita lain dalam game

Nama pelakon dan penyanyi Harris Alif tular di media sosial selepas didakwa berkelakuan tidak wajar ketika menghasilkan kandungan permainan atas talian, menurut hantaran seorang pengguna Threads.

Dalam hantaran itu, individu berkenaan mendakwa Harris Alif mengucapkan kata-kata romantik kepada wanita lain, walaupun sudah berstatus suami kepada aktres Intan Ladyana.

“Lelaki yang merupakan suami kepada Intan Ladyana itu, memang langsung tiada common sense apabila menghasilkan kandungan permainan GTA dengan dialog ‘I love you’ bersama perempuan lain,” tulis individu terbabit.

Menurut individu sama, walaupun ia hanyalah permainan, tindakan tersebut dianggap tidak wajar dan melampaui batas.

“Walaupun sekadar permainan, perbuatan itu jelas menunjukkan seolah-olah berlaku kecurangan. Sesiapa yang menganggap perkara ini sebagai normal, tolonglah fikir semula dengan waras,” katanya.

Artikel lain: Harris Alif sahkan Intan Ladyana hamil anak kedua

Tinjauan di ruangan komen mendapati terdapat beberapa individu lain mendakwa situasi sama pernah berlaku sebelum ini, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Namun begitu, ada juga netizen yang memilih untuk tidak membuat spekulasi dan hanya meluahkan rasa simpati.

Sumber: Threads toyecampoq

Scroll to Top