
Serangan udara AS dan Israel menyasarkan sebuah kompleks kediaman dan pelancongan di bandar Ahvaz, barat daya Iran pada Sabtu. Foto: Agensi
ISTANBUL – Seorang kanak-kanak maut manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman dan pelancongan di bandar Ahvaz, barat daya Iran pada Sabtu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Agensi Berita Mehr.
Ahvaz merupakan ibu negeri bagi wilayah Khuzestan.
Menurut laporan itu, serangan berkenaan mengenai sebuah kompleks di bandar berkenaan, menyebabkan kerosakan dan mencederakan beberapa penduduk. Seorang kanak-kanak maut dalam serangan tersebut, tambah laporan itu. – Bernama-Anadolu
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak maut manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan udara Amerika Syarikat dan Israel di Ahvaz, Iran Serangan menyasarkan sebuah kompleks kediaman dan pelancongan Ahvaz adalah ibu negeri wilayah Khuzestan Kompleks yang disasarkan mengalami kerosakan serius Serangan itu dilaporkan oleh Agensi Berita Mehr melalui Anadolu Ajansi


