Nazim Othman kongsi video AI peluk lelaki, komen Sheila Rusly jadi tanda tanya — “Ermm, sesuatu”

Nazim Othman kongsi video AI peluk lelaki, komen Sheila Rusly jadi tanda tanya — “Ermm, sesuatu”

Pelakon Nazim Othman mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah video berunsur kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan dirinya seolah-olah sedang memeluk seorang lelaki yang juga merupakan aktor Korea Selatan, Lee Dong-wook.

Video peluk lelaki

Screenshot

Menerusi perkongsian di Instagram, Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman meluahkan rasa kesunyian dan tidak menafikan dalam kehidupan memerlukan seseorang teman sebagai tempat bersandar serta berkongsi masalah.

“Kadang-kadang, yang kita perlukan hanyalah seseorang untuk bersandar dan bahu untuk menangis,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian  mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya, termasuk tanda tanya dan spekulasi mengenai maksud di sebalik video berkenaan.

Apa yang lebih mencuri perhatian, komen daripada pelakon Sheila Rusly turut menjadi bualan netizen. Ramai menganggap komen tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa ada sesuatu yang tersirat di sebalik perkongsian itu.

“Ermm sesuatu, selamat hari raya adik,” komen Sheila

Namun begitu, sehingga kini Nazim tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai tujuan sebenar video tersebut dimuat naik, sama ada sekadar hiburan atau mempunyai mesej tertentu.

Artikel lain: Pernah gagal jadi suami, Nazim Othman enggan berkahwin lagi elak lukai hati wanita

Sebelum ini, aktor itu pernah memberitahu bahwa dirinya enggan berkahwin lagi dengan alasan tidak mahu melukai hati orang lain selepas pernah gagal menjadi seorang suami satu ketika dahulu.

Sekadar info, Nazim Othman pernah mendirikan rumah tangga pada 10 September 2016 dengan pelakon, Bella Dally.

Namun, rumah tangga mereka tidak bertahan lama apabila berpisah secara sah pada 17 Mei 2018 tanpa dikurniakan cahaya mata.

Sumber: Instagram nazimothman

Scroll to Top