Lapangan Terbang LaGuardia New York ditutup, pesawat langgar trak bomba

Lapangan Terbang LaGuardia New York ditutup, pesawat langgar trak bomba

Istanbul: Lapangan Terbang LaGuardia di New York, Amerika Syarikat (AS) ditutup lewat Ahad selepas sebuah pesawat berlanggar dengan sebuah trak bomba, yang mengakibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik laporan media.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS mengeluarkan arahan menghentikan semua pelepasan ke LaGuardia disebabkan kecemasan pesawat itu, dengan penutupan lapangan terbang berkuat kuasa sehingga 1800GMT.

Kebarangkalian untuk tempoh penutupan itu dilanjutkan adalah tinggi.

Tiada butiran lanjut mengenai jumlah mangsa buat masa ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top