Dr Fie Syukur Anak Kembali Ke Pangkuan Sambut Hari Raya | Oh! Artis – Oh! Media

Dr Fie Syukur Anak Kembali Ke Pangkuan Sambut Hari Raya | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Dr Fie luah syukur anak kembali ke pangkuan selepas beraya tanpa mereka


Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie meluahkan rasa syukur apabila anak-anaknya kembali ke pangkuannya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum ini, Dr Fie melalui detik yang agak menyedihkan apabila terpaksa menyambut hari raya pertama tanpa kehadiran anak-anak tercinta di sisi.

Luahan syukur Dr Fie di Threads

Dr Fie

Menerusi satu perkongsian di Threads, Dr Fie berkongsi rasa lega dan bahagia apabila akhirnya dapat kembali bersama anak-anaknya selepas melalui situasi sukar sebelum ini.

Finally, my children are back in my arms.🄰 Please jangan buat lagi ok?- Katanya.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian ramai apabila netizen sama-sama menzahirkan rasa syukur dan mendoakan agar segala urusan Dr Fie dipermudahkan demi anak-anak.

Anak beraya bersama bapa dahulu

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Dr Fie memaklumkan anak-anaknya beraya terlebih dahulu bersama bapa mereka iaitu Nubhan pada hari pertama Syawal.

Selepas itu barulah anak-anak kembali ke pangkuannya untuk menyambut hari raya bersama pada hari kedua, sekali gus mengubat rasa rindu yang ditanggung.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang telah mengesahkan perceraian pasangan ini selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.

Hakim Umamuddin Yunus memutuskan lafaz talak kali kedua yang dilafazkan oleh Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah menurut hukum syarak serta undang-undang keluarga Islam.

Untuk rekod, Nubhan Ahmad dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.

Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup ni, ujian datang tanpa kita jangka, lagi-lagi bila melibatkan keluarga dan anak-anak. Apa pun yang berlaku, hubungan dengan anak tetap nombor satu dan jangan jadikan perpisahan sebagai alasan untuk abaikan tanggungjawab.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top