hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan masih perlahan susulan peningkatan jumlah kenderaan menuju ke ibu negara.
Berdasarkan paparan kamera litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat jam 9 malam tadi, dari arah Pantai Timur menuju ke ibu kota, beberapa kawasan dilaporkan perlahan antaranya di Kilometer 19.8 Lebuhraya Pantai Timur.
Di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, trafik perlahan dari Bukit Gambir ke Jasin dan Seremban (KM274.3), manakala arah utara menyaksikan peningkatan trafik di kawasan Changkat Jering dan Taiping Utara selain sekitar Terowong Menora.
Sementara itu, kesesakan sepanjang 16 kilometer dilaporkan dari Simpang Renggam ke Ayer Itam susulan pertambahan kenderaan.
Keadaan trafik ini dijangka berterusan hingga tengah malam berikutan pergerakan warga kota yang pulang dari kampung halaman masing-masing.
Terdahulu, setakat 11 pagi dilaporkan kira-kira 700,000 kenderaan sudah memasuki lebuh raya menuju ke ibu negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd




