am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Proses bedah siasat mayat Nurul Hafizah Mohd Shaary 39, dan dua anaknya, Muhammad Redzuan Arash Mohamad Redzuan, 13, selesai kira kira jam 12 tengah hari tadi.
Manakala Nur Radya Athalia Mohamad Redzuan, 4, selesai bedah siasat iam 1.46 tengah hari.
Ketiga-tiga jenazah dibawa ke Pusat Pengurusan Jenazah di Panji Alam, Kuala Terengganu, untuk dimandi dan dikafankan.
Jenazah tiga beranak itu akan dibawa ke Masjid di Sungai Tong, Setiu untuk disembahyangkan sebelum di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tong, Setiu selepas solat Asar.
Tiga beranak itu bersama dua kagi anaknya Nur Raesha Amanda, 14 dan Nur Rakhis Aral Mohamad Redzuan, 9, dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Ajil, Hulu Terengganu, selepas menghadiri majlis perkahwinan adik perempuan mangsa iaitu Nurul Izzah Shaary yang berlangsung di White House, Kampung Sura Tengah, Dungun.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang berpunca apabila kereta yang dipandu Nur Hafizah dipercayai terbabas ke kanan jalan lalu merempuh sebatang paip air besar di tepi jalan.
Dalam perkembangan lain, Nur Raesha Amanda dan Nur Rakhis Aral, 9 , yang cedera dalam kemalangan itu kini stabil dan dirawat di Hospital Dungun.
- Suasana pilu di HSNZ
- Seorang lagi mangsa kemalangan di Jerangau maut
- Tragedi pulang dari kenduri, adik wanita dan anak maut
© New Straits Times Press (M) Bhd




