Shuib Sebak Thalita Beri Duit Raya Pertama Di Usia 13 Tahun – “Ini Hasil Didikan Watie, Pandai Ajar Anak-Anak Tentang Rezeki”

Shuib Sebak Thalita Beri Duit Raya Pertama Di Usia 13 Tahun – “Ini Hasil Didikan Watie, Pandai Ajar Anak-Anak Tentang Rezeki”

Pelawak dan usahawan, Shuib meluahkan rasa syukur dan terharu apabila menerima duit raya hasil pemberian anak perempuannya, Thalita buat pertama kali.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira bin Muhammad, 42, memuji tindakan anak perempuan kesayangannya itu berhati mulia dan matang meskipun baru berusia 13 tahun.

Dalam masa sama, Shuib turut menyatakan penghargaan buat isteri tercinta, Watie Hanifiah yang dikatakan sering mendidik anak-anak tentang makna rezeki.

“Ibu (arwah Sarah), anak perempuan awak bagi saya duit raya untuk pertama kalinya. Umur baru 13 tahun tapi dah boleh bagi duit raya dekat keluarga.

“Hatinya sangat baik! Ini semua hasil didikan mummy (Watie) juga, pandai didik anak-anak tentang rezeki,” katanya.

Scroll to Top