Nama pelakon, Datuk Remy Ishak menjadi sebutan ramai selepas tindakannya meninggalkan komen emoji ‘loves eyes’ di hantaran ‘selfie’ milik aktres Indonesia, Aghniny Haque mencetuskan spekulasi ramai.
Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen yang menegur perbuatan Remy itu didakwa tidak menjaga perasaan isterinya, Datin Ezza Yusof.
Menerusi ruangan komen hantaran tersebut, Ezza dengan tenang membalas persoalan seorang individu yang bertanya sekiranya dia tahu mengenai tindakan Remy itu.
Ezza menjelaskan komen tersebut bertujuan untuk mempromosikan filem terbaharu gandingan Remy bersama aktres Indonesia itu.
“Tahu, Aghni kan heroin filem akan datang, jangan lupa support ya filem Khadam,” katanya ringkas meleraikan spekulasi.





