Budak Tingkatan 1 Ditampar Secara Tiba-Tiba Di LRT Pasar Seni, Polis Sedang Memburu Suspek

Budak Tingkatan 1 Ditampar Secara Tiba-Tiba Di LRT Pasar Seni, Polis Sedang Memburu Suspek

Trending

Polis kini giat memburu suspek selepas video tampar pelajar tular.


Tular di media sosial sejak semalam rakaman video memaparkan seorang seorang pelajar lelaki tingkatan satu ditampar secara tiba-tiba ketika berada di premis makanan.

Kejadian dilaporkan berlaku di tempat awam iaitu sebuah premis makanan di stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur, sekali gus menimbulkan rasa tidak selamat dalam kalangan orang ramai.

BACA: Individu Tampar Kanak-Kanak Akhirnya Tampil Mohon Maaf

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah pun tampil memohon maaf kepada keluarga dan isu diselesaikan secara baik.

Polis buru suspek, rakaman CCTV sedang diteliti

Terbaru, mStar melaporkan pihak polis sedang giat mengesan lelaki dalam video terbabit. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Selain itu, turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan penyebaran rakaman kejadian tersebut di platform dalam talian.

Siasatan juga sedang dijalankan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu mengenal pasti suspek.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal menawarkan khidmat peguam Pemuda UMNO secara percuma jika keluarga mangsa mahu mengambil tindakan lanjut.

Pssttt! Kes seperti ini memang membimbangkan kerana ia melibatkan keselamatan orang awam, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Tindakan ganas tanpa sebab jelas tidak boleh diterima dan perlu dikenakan tindakan tegas. Harap pihak berkuasa dapat segera menahan suspek supaya perkara sama tidak berulang.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top