Penyanyi Ernie Zakri menepis dakwaan kononya memilih premis tanpa sijil halal ketika beraya di Melaka bersama keluarga baru-baru ini.
Terpampang besar sijil halal

Menerusi perkongsian di Threads, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, memberitahu restoran yang dikunjunginya itu mempunyai halal dimakan dan jelas dipaparkan sijil halal bersaiz besar supayamudah dilihat oleh pelanggan.
“Terpampang besar dekat kedai dia sijil halal, insya-Allah,” katanya menerusi Threads.
Dalam masa sama, pelantun lagu Masing-Masing itu turut memberitahu gerai makan terbabit antara port terbaik wajib singgah ketika berada di Melaka.
“Raya kedua balik Melaka, singgah tempat makan paling seronok,” jelasnya.
Terdahulu, perkongsian tersebut mengundang kritikan daripada seorang netizen yang menuduhnya menjamu selera di premis tidak halal.

Individu berkenaan juga menggesa orang ramai agar memboikot artis dan pempengaruh yang didakwa tidak mengambil serius isu terbabit.
“Tolong boikot artis dan pempengaruh yang tak cakna isu halal macam ‘minah’ (perempuan) ini,” tulis netizen itu.
Artikel lain: Impian jadi pramugari diperlekeh? Ernie Zakri hanya bergurau – “Jumpa depan-depan baru tahu saya cantik”
Sebelum ini, Ernie Zakri menjelaskan tidak mahu mengambil hati atas tindakan sebilangan pihak yang cuba memperlekehkan impiannya untuk menjadi seorang pramugari.
Tambahnya lagi, impian itu sudah terlintas sejak kecil memandangkan ahli keluarganya juga pernah bekerja dalam bidang penerbangan termasuk ibu saudara, Ziana Zain dan bapa saudaranya, Anuar Zain.
Sumber: Threads erniezakri





