Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, meluahkan rasa kurang senang apabila melihat seorang lelaki memuat naik gambar menyerupai wanita dengan memakai baju kebaya.
Fikir perasaan ibu bapa

Menerusi satu hantaran di Threads, tular seorang individu memuat naik semula foto lelaki memakai baju kebaya berserta komen-komen warganet yang dilihat seolah-olah bersetuju dan memberikan sokongan.

Sehubungan itu, Hatta menasihati agar golongan muda lebih peka terhadap perasaan ibu bapa dan keluarga dalam membuat pilihan gaya berpakaian. Menurutnya, walaupun individu bebas mengekspresikan diri, pengaruh dan pembawakan diri perlu dipantau supaya tidak menimbulkan salah faham atau kontroversi.
“Tak boleh biasakan, yang salah janganlah digalakkan, tapi nak tegur pun budak sekarang kena dengan pendekatan berbeza. Jangan terus dimaki caci,” balas Hatta di Threads.

Dalam pada itu, dia menjelaskan tidak salah sekiranya lelaki mempunyai karakter lembut namun, tidak boleh melebihi batas syariat
“Dilahirkan lembut itu tak salah, tetapi pembawakan diri dan pengaruh perlu dijaga dan dipantau. Harap adik kebaya masih fikir perasaan mak ayah dan keluarga. Lelaki pun banyak saja baju lawa-lawa boleh pakai, kan?” tambahnya lagi.
Artikel lain: Lelaki berpakaian wanita: MOTAC & Tourism Malaysia tiada kaitan, penganjur guna logo tanpa kebenaran
Kenyataan ini menunjukkan keprihatinan pereka fesyen itu terhadap nilai tradisi dan sensitiviti keluarga, sambil menekankan kepentingan pendekatan yang berhemah dalam mendidik generasi muda mengenai norma sosial.
Teradahulu, Hatta berkongsi pengalaman peribadi berdepan rakan yang sering merungut dan merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain malah mengakui amat penat untuk melayan kerenah rakan yang sering menguji kesabarannya.
Sumber: Threads hattadolmat_




