Menerusi perkongsian di platform Threads, Ezzanie berkata rutin tersebut sudah menjadi kebiasaan buat dirinya sejak beberapa tahun lalu.
Menurutnya, dia hanya mendapat cuti singkat sebelum kembali menyambung komitmen kerja seperti biasa.
“Saya rasa dah bertahun-tahun bekerja ketika bulan puasa dan raya. Setiap tahun macam sama sahaja, cuti sekejap kemudian sambung balik kerja. Kadang-kadang rasa sedih juga sebab tak sempat nak betul-betul nikmati momen,” katanya.
Tambahnya, kekangan masa membuatkan dia terlepas peluang meluangkan masa bersama keluarga selain tidak dapat menghadiri rumah terbuka rakan-rakan.
“Rasa macam banyak terlepas masa dengan keluarga, pergi open house kawan-kawan pun tak sempat. Raya pula setahun sekali saja,” luahnya lagi.
Dalam pada itu, Ezzanie turut berkongsi hasrat untuk mengambil rehat pada tahun hadapan agar dapat lebih menghargai momen bersama insan tersayang tanpa gangguan kerja.
“Maybe tahun depan saya nak ambil rehat sekejap masa puasa dan raya. Nak betul-betul ‘present’ dan enjoy masa tanpa fikir kerja. Harapnya kali ini jadi kenyataan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memahami situasi dilalui pelakon itu, selain mendoakan agar hasratnya untuk berehat pada musim perayaan akan datang dipermudahkan.




