Dua maut, tiga cedera ditimpa serpihan peluru berpandu

Dua maut, tiga cedera ditimpa serpihan peluru berpandu
Dua maut, tiga cedera ditimpa serpihan peluru berpandu

Dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera apabila serpihan peluru berpandu balistik yang dipintas jatuh di Abu Dhabi.

ISTANBUL – Dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera apabila serpihan peluru berpandu balistik yang dipintas jatuh di Abu Dhabi, ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik pihak berkuasa pada Khamis.

Menurut Pejabat Media Abu Dhabi dalam kenyataan, insiden itu berlaku di Jalan Sweihan selepas sistem pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu balistik.

Serpihan yang jatuh menyebabkan dua individu tidak dikenali maut dan mencederakan tiga yang lain selain turut merosakkan beberapa kenderaan, menurut kenyataan itu.

Seluruh wilayah dalam keadaan waspada sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari.

Teheran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

Konflik menyebabkan korban dan kerosakan pada infrastruktur selain menjejaskan pasaran global dan penerbangan.- Bernama-Anadolu

Ringkasan AI

  • Dua orang terbunuh dan tiga lagi cedera di Abu Dhabi akibat serpihan peluru berpandu balistik yang dipintas
  • Serpihan yang jatuh merosakkan beberapa kenderaan
  • Sistem pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu balistik
  • Konflik ini berawal dari serangan bersama Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran
  • Serangan balas Iran melibatkan serangan dron dan peluru berpandu terhadap Israel, Jordan, Iraq dan beberapa negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS
Scroll to Top