3 tabung masjid kena pecah, polis buru dua suspek

3 tabung masjid kena pecah, polis buru dua suspek

am@hmetro.com.my

Tampin: Pihak pengurusan Masjid Kampung Londah, Gemas, di sini, terkejut apabila mendapati tiga tabung di masjid itu dipecahkan dan semua wang dilarikan, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, pihaknya menerima laporan daripada jawatankuasa masjid memaklumkan kejadian itu yang dipercayai berlaku antara 4.07 pagi hingga 4.30 pagi.

“Kejadian dipercayai dilakukan dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta. Suspek dipercayai masuk ke dalam kawasan masjid dan memecahkan serta mengambil

kesemua wang di dalam tiga tabung yang diletakkan di dalam kawasan masjid,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pihaknya kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya tampil menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4431999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, pihaknya melalui pegawai perhubungan masjid sudah diarah bersama pengurusan masjid di seluruh Tampin untuk mengambil langkah pencegahan bagi mengelak kejadian sama berulang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top