‘Trend’ isteri seronok jaja foto sebelum & selepas nikah para suami buat ramai kesal

‘Trend’ isteri seronok jaja foto sebelum & selepas nikah para suami buat ramai kesal

Seakan menjadi trend pula di aplikasi TikTok apabila ada segelintir isteri yang memuat naik gambar suami masing-masing dengan menggunakan kapsyen ‘before kahwin’ dan ‘after kahwin’ sebagai satu bentuk hiburan sesama mereka.

Walaupun niat asal mungkin sekadar untuk bergurau, namun lama-kelamaan ia seakan membuka aib pasangan sendiri dan pastinya membuatkan banyak mata kurang senang dengan tindakan tersebut.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, dia telah menegur tindakan para isteri yang memuat naik gambar-gambar suami yang dilihat kurang manis untuk tatapan warganet.

Suffiyah Ramadhani, video-video TikTok seperti itu sama sekali tidak lawak ataupun menghiburkan. Dia juga turut bertanya kepada para isteri adakah gurauan seperti itu memberi keseronokkan kepada mereka sedangkan aib suami dengan sengaja dibongkar.

Dia juga sempat meminta agar para isteri berfikir andai satu hari nanti golongan suami pula berbuat kompilasi sebegitu. Adakah mereka tidak terasa hati atau hanya menganggap sebagai gurauan sahaja.

Jadi, Suffiyah berpesan supaya berpada-padalah dalam memuat naik sesuatu di media sosial kerana boleh sahaja mengecilkan hati pasangan.

Dalam pada itu, pengguna Facebook berkenaan turut menyertakan beberapa kompilasi video yang dianggap kurang sesuai untuk tatapan pengguna media sosial serta komen-komen yang diterima.

 

 

 

 

Teguran yang dibuat oleh pengguna Facebook itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Mereka juga merasakan trend tersebut sangat tidak sihat kerana rahsia rumah tangga seharusnya dijaga dan sebagai seorang isteri, menjaga aib suami adalah salah satu tanggungjawab dalam rumah tangga.

 

Sumber: Suffiyah Ramadhani

Scroll to Top