“Rapat Dengan Keluarga Tak Jamin Setia, Dia Tinggal Juga” – Iman Troye Kongsi Pandangan Tanda Lelaki Serius Dalam Perhubungan

“Rapat Dengan Keluarga Tak Jamin Setia, Dia Tinggal Juga” – Iman Troye Kongsi Pandangan Tanda Lelaki Serius Dalam Perhubungan

Penyanyi, Iman Troye, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pandangannya mengenai tanda lelaki benar-benar serius dalam sebuah hubungan percintaan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 24, menegaskan pertemuan dengan keluarga bukan lagi penanda utama keseriusan seseorang lelaki.

“Based on my experience now, rapat dengan family atau parents ni dah tak valid. Sebab kalau dia nak tinggal, dia tinggal juga,” tulisnya.

Menurut pelantun lagu Teman itu, apa yang lebih penting adalah tindakan lelaki yang mula merancang masa depan bersama pasangan secara jelas dan konsisten.

“Yang betul buka mata bila lelaki mula buat perancangan, tanya tahun bila kita setuju untuk settle down. Tanyakan sama ada boleh tunggu kalau nak kahwin lagi dua atau tiga tahun sebab nak lengkapkan simpanan,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Iman berkata keseriusan juga dapat dilihat apabila pasangan mula meletakkan satu sama lain sebagai keutamaan serta berkongsi tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

“Priorities kita, mula letak kita sebagai salah satu tanggungjawab harian dia. Sama-sama bagi effort,” jelasnya.

Dalam masa sama, Iman turut berpendapat lelaki seharusnya menyayangi pasangan lebih kerana sifat wanita yang sememangnya penyayang.

“Yang penting lelaki kena sayang kita lebih, sebab sifat wanita ni penyayang,” katanya lagi.

Scroll to Top