Anak sulung Abby Abadi bertunang dengan gadis Singapura

Anak sulung Abby Abadi bertunang dengan gadis Singapura

Kuala Lumpur: Anak sulung Abby Abadi bersama bekas suami, Norman Hakim, iaitu Mohamed Danish Hakim, mengikat tali pertunangan, petang tadi.

Mohamed Danish atau Danish, 23, bertunang dengan gadis asal Singapura dikenali sebagai Shalinda.

Berita gembira itu dikongsi Abby melalui hantaran Instagram (IG).

Abby berkongsi foto memaparkan dia menyarungkan cincin di jari manis Shalinda yang mengenakan persalinan rona guava.

“Alhamdulillah selamat bertunang Danish dan Shalinda. Semoga Allah mudahkan segala urusan untuk ke fasa seterusnya,” tulis Abby pada kapsyen hantaran itu.

Norman dan Abby berkahwin pada 2002, namun rumah tangga yang dibina runtuh pada 2009.

Selain Danish, pasangan itu memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top