Al-Sultan Abdullah tinjau paras air Sungai Pahang 

Al-Sultan Abdullah tinjau paras air Sungai Pahang 

am@hmetro.com.my

Kuantan: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan meninjau dari udara keadaan semasa paras air di Sungai Pahang ketika dalam perjalanan dari Bera ke Pekan.

Menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang hari ini, musim panas yang melanda negara ketika ini menarik perhatian baginda untuk melihat sendiri paras air sungai untuk memastikan semua pihak dalam keadaan siap-siaga demi kesejahteraan rakyat.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, Al-Sultan Abdullah dilihat merakam gambar keadaan sungai dipercayai antara Bera dan Maran yang menunjukkan semakin kering sehingga membentuk beting pasir akibat cuaca panas itu.

Terdahulu dilaporkan, beberapa kawasan Sungai Pahang di Kampung Pesagi, Chenor, Maran, hampir kering sehingga mendedahkan kawasan dasar sungai yang luas.

Cuaca panas yang melanda negara ketika ini dijangka berterusan sehingga Jun depan, dengan suhu mencecah antara 37 hingga 38 darjah celsius.

Baru-baru ini, Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan dan prihatin terhadap rakyat susulan cuaca panas dan kering yang ketika ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top