Premis mercun terbakar: 'Akan ada lagi tangkapan dalam masa terdekat' – Polis

Premis mercun terbakar: 'Akan ada lagi tangkapan dalam masa terdekat' – Polis

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Peniaga wanita yang juga pemilik premis mercun yang terbakar di Wakaf Che Yeh yang ditahan reman pada 25 Mac lalu dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, bagaimanapun siasatan masih lagi diteruskan dan akan ada tangkapan beberapa individu lain dalam masa terdekat.

“Suspek wanita (pemilik premis) sudah bebas semalam dan siasatan masih diteruskan.

“Akan ada lagi tangkapan lain dalam masa terdekat dan kita sudah kenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu wanita berusia 44 tahun dan seorang pekerjanya, 38, ditahan reman selama sejak 25 Mac lalu selepas dua khemah jualan mercun miliknya terbakar pada pagi Selasa lalu.

Tangkapan itu dibuat untuk siasatan mengikut Seksyen 285 Kanun Keseksaan (KK) kerana berkaitan kesalahan cuai yang membahayakan dengan api atau bahan mudah terbakar.

Pihak forensik bomba mengenalpasti punca kebakaran disebabkan litar pintas akibat sambungan wayar elektrik dari premis kedai makan ke kampu hiasan khemah jualan mercun terbabit.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top