Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahi, kembali mencuri perhatian netizen susulan perkongsian terbaharu di media sosialnya.
Wajah ditutup pada potret keluarga

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu berkongsi satu tangkap layar Instagram Stories tersebut memaparkan suasana Aliff Aziz dan keluarga sedang menikmati hidangan kuih raya bersama.

Namun, tumpuan netizen lebih terarah kepada sebuah potret keluarga yang tergantung di dinding kediaman tersebut.
Apa yang menjadi perbualan hangat apabila netizen mendakwa wajah bekas isteri Aliff, Bella Astillah, seperti sengaja ditutup dalam gambar berkenaan.
“Woww sampai ditutup, begitu benci dengan Bella.
“Bella tak pernah padam pun gambar-gambar family dekat Instagram dia. Kenapa tak buang je gambar tu? Tukar gmbar baru kan sekarang ada AI suruh je AI editkan,” Ciapan individu berkenaan.
Tambahnya lagi, hantaran itu dibuat bukan untuk mencari salah sesiapa dan perkara itu bukan satu tuduhan tidak berasas kerana ia dikongsi sendiri oleh ibu kepada Aliff.

“Yang cakap fitnah, mana ada fitnah. Dia sendiri post kat story kita ternampak dan kita screenshort. Saya tak akan post benda yang tak betul. Bila Bella kena kutuk sana sini takde pula nak backup ke apa,” tambahnya lagi.
Perkara itu sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi negatif, dengan ada yang berpendapat tindakan tersebut kurang matang memandangkan Bella masih lagi ibu kepada cucu-cucunya.
Rata-rata netizen turut meluahkan kekecewaan dan mengkritik tindakan keluarga berkenaan.
Maaf Bella dah berpunya

Nampak bekas mentua toksik

Play victim punya keluarga

Artikel lain: Abang tampil pertahan, netizen dakwa Syed Saddiq & Bella Astillah tak sekufu – “Perbezaan IQ tidak…”
Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan rapat antara Syed Saddiq dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila mereka sah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada Sabtu.
Majlis yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat itu menyaksikan ibu kepada Syed Saddiq menyarungkan cincin ke jari manis Bella sebagai simbolik ikatan pertunangan mereka.
Sumber: Threads umiecacamiya



