harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Hanya 19 individu daripada 126 pelatih berjaya menyarung beret ungu selepas menempuh latihan ekstrem dan menamatkan Kursus Asas Pasukan Khas Laut (PASKAL) Siri 77/25.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam satu hantaran di Facebook berkata seramai 107 pegawai dan anggota ‘kecundang’ dan gagal menjadi sebahagian daripada operatif terbaik di Malaysia.
“Bermula dengan 126 orang yang melapor diri, hanya yang mempunyai mental dan fizikal yang kental sahaja mampu bertahan sehingga ke garisan penamat.
“Benarlah kata orang, di PASKAL, ‘tahan tunggu, tak tahan cabut’, 107 orang telah kecundang, namun 19 wira ini membuktikan mereka adalah yang terbaik untuk memikul amanah sebagai warga PASKAL,” kata hantaran itu.
Dalam hantaran itu TLDM turut mengucapkan penghargaan kepada barisan jurulatih atas usaha dan pengalaman yang dikongsikan kepada pelatih baharu.
© New Straits Times Press (M) Bhd



