Saya tengok Bella Astillah, saya nampak Tun Siti Hasmah – Abang Syed Saddiq

Saya tengok Bella Astillah, saya nampak Tun Siti Hasmah – Abang Syed Saddiq

PETALING JAYA: Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Syed Abdullah tampil mempertahankan penyanyi, Bella Astillah yang tidak berhenti-henti menerima kecaman netizen.

Menurut Abdullah, dia menyifatkan keperibadian penyanyi itu persis isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir iaitu Tun Dr Siti Hasmah.

“Ramai orang marah apabila netizen membandingkan Bella dengan Tun Siti Hasmah.

“Biar saya cakap secara terbuka di sini…
Sayalah orang itu. Apabila saya melihat Bella, saya nampak Tun Siti Hasmah.

“Awak kenal Bella? Ada nombor telefon dia? Awak tahu secara peribadi siapa dia dan betapa kuat dia bekerja?,” katanya di Threads.

Tambah Abdullah, ketabahan bakal adik iparnya itu yang gigih berusaha dalam melakukan sesuatu perkara membuatkan dirinya kagum sekali gus membuktikan Bella layak menjadi sebahagian dari keluarganya.

“Bella bukan sekadar orang luar. Dia seorang adik, kawan dan juga keluarga bagi saya. Saya sendiri melihat betapa gigihnya dia berusaha.

“Sangat mudah untuk mengkritik seseorang yang kita tidak kenal, bukan?,” ujarnya.

Kagum dengan ketegasan abang ahli politik itu mempertahankan Bella, perkongsian tersebut turut dihujani pelbagai reaksi dari kalangan warganet di ruangan komen.

“Semalam Syed Salleh, hari ini Syed Abdullah.
Terbaik anda berdua lindungi Bella kesayangan ramai. Terima kasih abang-abang Bella dah menjaga Bella dengan baik,” komen netizen.

“Bella dah ada dua abang yang akan lindungi dia dari orang yang mulutnya seperti longkang,” kata seorang pengguna media sosial.

Pada Sabtu lalu, Bella dan Syed Saddiq telah mengikat tali pertunangan sekali gus meleraikan spekulasi mengenai status hubungan mereka yang mendapat perhatian ramai sejak tahun lalu.

Scroll to Top