Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri tumpuan apabila berkongsi sebuah foto bersama seorang jejaka.
Menerusj perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Adira seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh individu tersebut.
Meskipun wajah jejaka berkenaan dikaburkan, namun jelas terpampang individu yang dipercayai berjaya menambat hati Adira itu seperti berambut panjang.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti sempat mengusik Adira mengatakan dia sudah menemui jodoh lebaran.
Malah, ramai juga dalam kalangan mereka yang mendoakan agar Adira benar-benar bertemu pasangan hidupnya.
Imbas kembali, Adira pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan sah bercerai talak satu pada 24 April 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata.




