Isu nikah Marissa, netizen persoal tanggungjawab Norman Hakim sebagai bapa – “Sanggup biar anak…”

Isu nikah Marissa, netizen persoal tanggungjawab Norman Hakim sebagai bapa – “Sanggup biar anak…”

Seorang netizen meluahkan rasa kesal terhadap pelakon Norman Hakim susulan kontroversi membabitkan perkahwinan anaknya, Marissa Dania dengan Ahmad Aslam.

Persoal peranan Norman Hakim sebagai bapa

Menerusi hantaran di Threads, individu berkenaan mempersoalkan peranan Norman sebagai seorang bapa, khususnya dalam isu melibatkan status perkahwinan anak perempuannya itu yang didakwa masih belum jelas.

“Norman Hakim definisi lelaki tak qawwam sebenar. Wali apa sanggup biarkan anak perempuan tergantung macam itu.
“Sampai tak tahu status perkahwinan. You’re a father gila. Anak perempuan kau kena macam tu kau tiada tindakan,” tulis netizen berkenaan.

Menurutnya seorang wali seharusnya memainkan tanggungjawab lebih tegas dalam memastikan kebajikan serta kedudukan anak perempuan terpelihara.

Malah, individu itu menggunakan kata-kata keras dengan menyifatkan situasi berkenaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Artikel lain: Aslam, Marissa tak lewat daftar nikah, peguam tampil perbetulkan fakta – “Sijil nikah berjaya diperoleh”

Sebelum ini, peguam kepada Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, memaklumkan bahawa pasangan itu kini telah memperoleh sijil nikah yang sah, sekali gus membolehkan proses pendaftaran seterusnya dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Semalam, pasangan tersebut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai dan rujuk di hadapan Hakim Syarie, Nadia Khamis.

Ammar turut memaklumkan bahawa Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah masing-masing pada September 2024 dan Jun 2025. Namun, pasangan itu difahamkan kembali rujuk sebagai suami isteri dalam bulan yang sama bagi kedua-dua lafaz tersebut.

Pada Mei tahun lalu pula, Aslam dan Marissa pernah hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan selepas mereka bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Difahamkan ketika itu, Aslam masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan dan perkahwinan tersebut didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga, termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Sumber: Threads azaleaqaireeen

Scroll to Top