“Saya Sentiasa Menjaga Batas Pergaulan” – Mekyun Tegas Foto Rangkul Lengan Adrian Mr. Pov Hasil AI, Minta Henti Fitnah

“Saya Sentiasa Menjaga Batas Pergaulan” – Mekyun Tegas Foto Rangkul Lengan Adrian Mr. Pov Hasil AI, Minta Henti Fitnah

Pempengaruh media sosial, Mekyun tampil bersuara selepas tular sekeping foto yang didakwa memperlihatkan dirinya mesra merangkul lengan seorang lelaki dikenali sebagai Adrian Mr. POV.

Tidak berdiam diri, Mekyun atau nama sebenarnya Wee Yu Nee menegaskan gambar berkenaan adalah palsu dan dihasilkan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Mekyun menjelaskan wajah individu dalam foto tersebut jelas berbeza dan bukan dirinya.

“Saya cuma nak jelaskan, gambar yang sedang tersebar itu adalah hasil AI, bukan saya. Wajah dalam gambar itu memang sangat berbeza,” katanya.

Dalam masa sama, gadis berbangsa Cina berasal dari Kelantan itu turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan AI sehingga boleh mengundang fitnah.

“Saya harap semua tidak sewenang-wenangnya menggunakan AI untuk menghasilkan dan menyebarkan perkara seperti ini.

“Sesiapa yang mengenali saya tahu saya sangat menjaga batas dalam hal seperti ini. Terima kasih atas pemahaman,” katanya.

Scroll to Top