“Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal al-Quran..”- Aidid Marcello syukur anak peroleh 8A SPM

“Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal al-Quran..”- Aidid Marcello syukur anak peroleh 8A SPM

Personaliti televisyen, Aidid Marcello, meluahkan rasa syukur dan bangga akan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anaknya, Muhammad Iman yang memperoleh putusan cemerlang dengan 8A 1B.

Menurut Aidid, perjalanan akademik Muhammad Iman bukan mudah kerana beliau mengambil keputusan untuk menuntut ilmu di pusat tahfiz selama kira-kira setahun setengah sebelum kembali menyambung pelajaran di sekolah.

Kongsinya, sepanjang tempoh di tahfiz, beliau dan keluarganya risau sama ada anaknya mampu menyesuaikan diri semula dengan pembelajaran di sekolah.

 

Namun, Muhammad Iman berjaya menghadapi semua cabaran itu dengan tenang dan fokus.

“Alhamdulillah, ni semua kerja Allah. Setahun setengah tinggal sekolah pergi hafal al-Quran, semua pun risau, sempatkah nak catch up balik belajar.
“Macam-macam ujian Iman tempuh masa tahfiz dan masa sambung sekolah balik. Tapi dia senyum, diam & layan ja. Anak yang tak banyak cakap, tak banyak menjawab & kadang-kadang pelik bila dia belajar. Daddy dan mummy sangat bangga dan terkejut.
“Memang betul, jangan pernah putus doa, minta mak ayah doa, atok nenek doa,” katanya.

Artikel lain: Dapat 9A dalam SPM, Linda Rafar dedah anak khatam al-Quran setiap bulan

Dalam pada itu, Aidid turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar lain yang menduduki SPM dan mendoakan agar mereka dipermudahkan dalam menuntut ilmu serta berjaya dunia dan akhirat.

“Tahniah juga kepada anak-anak yang lain. Kita saling mendoakan semoga mereka semua ni dipermudahkan dan dapat belajar di tempat yang terbaik serta berjaya dunia akhirat,” tambahnya.

Sumber: IG Aidid Marcello

Scroll to Top