Video pecah cermin kereta kejadian lama, tindakan sudah diambil

Video pecah cermin kereta kejadian lama, tindakan sudah diambil

am@hmetro.com.my

Kajang: Polis mengesahkan video tular memaparkan kejadian khianat pecah cermin kereta di Jalan Temenggung, Bandar Mahkota Cheras, di sini berlaku tahun lalu dan tindakan sudah diambil.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video kejadian membabitkan Perodua Kelisa dikesan tular pada 3 petang, hari ini dan semakan pihaknya mendapati ia berlaku jam 1 pagi pada 6 November 2025 di hadapan sebuah restoran.

“Polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu daripada pemilik kenderaan pada 6.51 petang hari kejadian.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya kerosakan harta benda berlaku. Polis sudah mengambil tindakan terhadap kejadian berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Naazron menasihati orang ramai supaya tidak menyebar video yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran masyarakat.

Katanya, tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh diambil terhadap mereka yang menyebarkan video tular seumpama itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top