Farah Lee beri kata semangat, minta anak muda jangan putus asa – “SPM bukan penentu segalanya”

Farah Lee beri kata semangat, minta anak muda jangan putus asa – “SPM bukan penentu segalanya”

Aktivis kemanusiaan Farah Lee tampil memberikan kata-kata semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang baru sahaja menerima keputusan masing-masing.

SPM bukan penentu segalanya

Menerusi satu perkongsian di Threads, Farah menegaskan bahawa pencapaian akademik bukanlah penentu mutlak kejayaan seseorang. Sebaliknya, mengingatkan para pelajar bahawa masih banyak aspek lain dalam kehidupan yang boleh membentuk kejayaan sebenar.

“SPM bukan penentu segalanya, there are a lot of other things that define success other than academics. Perjalanan masih jauh, masih banyak sisi dunia yang boleh diteroka,” ciapannya, semalam.

Dalam masa sama, Farah turut menasihati pelajar agar sentiasa menjaga adab, akhlak dan menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain.

“Yang penting sentiasa menjadi manusia yang penuh adab, akhlak dan manfaat, insya-Allah itu yang Allah lagi pandang,” ujarnya.

Tidak hanya memberi dorongan, Farah juga berkongsi pengalaman peribadinya yang tidak memperoleh keputusan sempurna ketika menduduki SPM sebelum ini.

“Anyway, tahniah semua adik-adik SPM 2025. Dari Auntie Farah yang tak dapat straight 12As sebab English dapat B+,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Dapat 9A dalam SPM, Linda Rafar dedah anak khatam al-Quran setiap bulan

Untuk info, keputusan SPM 2025 diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa), mulai jam 10 pagi, dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, menunjukkan peningkatan prestasi berbanding 4.49 pada tahun 2024.

Seramai 366,435 calon (94.29%) layak sijil, dan semakan boleh dibuat secara dalam talian.

Sumber: Threads farahlee_

Scroll to Top