Pengacara Uyaina Arshad mendedahkan dia pernah terfikir untuk menamakan anak ketiganya Uzayn sebagai Urelius.
Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina turut berkongsikan maksud nama anak-anaknya, Urhan, Urayyan dan Uzayn. Menurut Uyaina, dia berbelah bahagi untuk menamakan anak ketiganya.
BACA: “Adakah Akan Terus Hidup Atau Nyawa Berganti” – Uyaina Mohon Doa Bersalin Anak Ketiga

“Untuk anak ketiga, sebenarnya saya berbelah bahagi antara dua nama. Selain Uzayn, saya juga suka nama Urelius yang diinspirasikan daripada ‘Aurelius’ yang bermaksud ‘emas’ dalam bahasa Latin,” katanya.
Tambah Uyaina lagi, idea nama tersebut timbul kerana dia sangat sukakan emas ketika kehamilan ketiga itu, namun dia bimbang nama tersebut menjadi bahan ejekan.
“Disebabkan mengandung anak ketiga ni saya suka sangat emas, ingat nak letak nama Urelius diinspirasi daripada ‘Aurelius’ yang bermaksud ‘golden’ dalam latin.
“Tambahan pula, Marcus Aurelius merupakan seorang maharaja Rom yang terkenal. Tapi fikir punya fikir, nama itu agak berat untuk konteks di Malaysia. Risau dia kena ejek di sekolah. Tak jadilah,” katanya.




