Remaja panjat menara telekomunikasi gara-gara bergaduh dengan teman lelaki

Remaja panjat menara telekomunikasi gara-gara bergaduh dengan teman lelaki
Remaja panjat menara telekomunikasi gara-gara bergaduh dengan teman lelaki

Polis akhirnya berjaya membawa remaja itu turun. Foto Agensi

PRAYAGRAJ – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun mencetuskan panik apabila memanjat sebuah menara telekomunikasi di Kampung Fareedupur, daerah Pratapgarh di India baru-baru ini, sambil menuntut pihak polis supaya menghubungi teman lelakinya.

Menurut polis Kunda, insiden itu berlaku susulan pertikaian antara remaja tersebut dengan teman lelakinya sebelum dia bertindak memanjat menara berkenaan.

Kejadian dramatik itu berlangsung kira-kira sejam sebelum pihak berkuasa berjaya memujuk mangsa turun dengan selamat.

Sebelum itu, penduduk setempat yang menyedari kejadian itu segera memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Susulan itu, sepasukan anggota polis bersama pihak pentadbiran dan jabatan bomba bergegas ke lokasi bagi mengawal keadaan serta memujuk remaja berkenaan.

Sepanjang insiden, remaja itu berulang kali menegaskan: “Hubungi teman lelaki saya, barulah saya akan turun.”

Usaha memujuk akhirnya berjaya apabila pihak berkuasa menggunakan pendekatan diplomasi dan komunikasi bagi menenangkan mangsa, sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pihak polis memaklumkan keadaan kini terkawal dan siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung insiden tersebut.-Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun memanjat menara telekomunikasi di Pratapgarh, India.
  • Remaja itu memanjat menara akibat pertikaian dengan teman lelakinya.
  • Kejadian berlangsung sejam sebelum remaja tersebut dipujuk untuk turun dengan selamat.
  • Penduduk tempatan segera melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
  • Polis menggunakan diplomasi untuk menenangkan remaja tersebut dan keadaan kini terkawal.
Scroll to Top