harisfadli@hmetro.com.my
Putrajaya: Teka-teki berhubung status kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terus menjadi tanda tanya.
Beliau yang ditemui pada Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) enggan mengulas berhubung perkara itu.
“Saya tidak mahu jawab,” katanya ringkas ketika diminta mengulas berhubung perkara itu di sini, hari ini.
Terdahulu, sebuah media tempatan yang memetik sumber melaporkan kontrak Azam yang bakal tamat pada 12 Mei dijangka tidak disambung.
Pada 10 Mac laluPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata, belum memberikan sebarang kata putus berhubung status kontrak terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd




