Suami kepada pelakon, Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria mengucapkan tahniah kepada Maria Danisha Hakim, anak ketiga isterinya diatas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperoleh kelmarin.
Bangga dengan Danisha
Menerusi hantaran tersebut, Faizal memaklumkan dirinya sangat bangga dengan pencapaian Danisha dan berharap agar remaja terbabit terus mengejar cita-citanya tanpa memandang kebelakang lagi.
“Terus capai cita-cita, jangan pandang belakang. Belajar selagi boleh bukti kemampuan, hidup ini lebih bermakna bila beriman dan berilmu.
“Yang lain-lain jangan risau, segalanya pasti Allah permudahkan. Ingat pendidikan ini bukan untuk orang sekeliling tapi masa depan baby,” tulisnya.

Mohon maaf andai ada salah silap
Dalam pada itu, Faizal juga mendoakan yang terbaik buat anak tirinya itu serta menitipkan pesan supaya memilih kursus yang diminati, bukan orang lain.
Dia juga memohon maaf maaf andai mempunyai silap dan salah kepada Danisha disamping menyertakan sekali gambar berdua.
“Abah doakan yang terbaik untuk baby, pilih kursus ikut kehendak sendiri bukannya ikut minat org lain, Ok. Tahniah sayang baby. Maaf kalau Abah ada salah dah silap ya,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah keluarga mereka kerap menjadi perhatian apabila isu rumah tangga kakaknya, Marissa Dania lebih mendapat perhatian.
Ibunya, Abby Abadi juga kerap berkongsi luahan mengenai Marissa lebih-lebih lagi sejak remaja terbabit mendirikan rumah tangga.
Danisha juga ada memuat naik hantaran di TikTok seakan menyatakan apa yang dirasa walaupun tidak dapat dipastikan ia ditujukan kepada siapa.
https://www.tiktok.com/@danishadelicio/photo/7623880923355860231
Sumber: Threads jai_faizal147




