Perkongsian anak ketiga kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha menjadi perhatian apabila seolah meluahkan perasaan.
Menerusi hantaran di TikTok, Maria memuat naik gambarnya ketika kecil serta kapsyen menggambarkan keadaannya ketika ini.
BACA: “Keluarlah Cepat Dari Mimpi Ngeri” – Abby Abadi Sokong Marissa Mahu Bercerai

“Hati yang tenang menyimpan segala-galanya, takut menjadi beban.
“Terus mencuba berulang kali tanpa dilihat, menunggu seseorang untuk menyedari usaha itu. Apabila saat itu akhirnya tiba, perhatian diberikan kepada yang lain.
“Tiada kata-kata yang diucapkan, tiada keluhan yang dibuat, tetapi usaha yang paling senyap pun membawa begitu banyak kesakitan dan ia tetap layak untuk dilihat, dirasai, dan diraikan,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih membaca hantaran Maria itu serta mengucapkan tahniah di atas keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).




