Anak pokok mangga jadi mas kahwin

Anak pokok mangga jadi mas kahwin
Anak pokok mangga jadi mas kahwin

Mas kahwin berupa anak pokok mangga itu menjadi lambang komitmen untuk memelihara kehidupan bersama. Foto Agensi

REMBANG – Pernikahan pasangan Vicky Rio Wimbi Utomo dan Feronika Parastuti menjadi tular di media sosial kerana keunikan mas kahwin mereka.

Pengantin lelaki menyerahkan anak pokok mangga kepada isterinya ketika mengikat tali cinta di Desa Sambiyan, Kecamatan Kaliori, Kabupaten Rembang, Jawa Tengah di Indonesia pada akhir minggu lalu.

Menurut Vicky, ia merupakan simbol harapan untuk rumah tangga yang baru dibina.

Mas kahwin berupa anak pokok mangga itu menjadi lambang komitmen untuk memelihara kehidupan bersama.

Ia menggambarkan bahawa setiap bahagian pokok tersebut mewakili fasa dalam perkahwinan mereka.

“Saya memilih pokok mangga sebagai mahar kerana ia ibarat doa yang saya tanam sedalam-dalamnya di tanah kehidupan. Agar cinta kami tumbuh seperti akarnya, semakin kukuh walaupun tidak selalu terlihat dan menjulang seperti batangnya yang teguh menghadapi apa jua musim,” lapor Tribun Jateng memetik kenyataan Vicky pada Khamis. – Agensi

Scroll to Top