“Time Haram Bukan Main Kepit” – Reen Rahim Persoal Lelaki Melayu Segan Layan Isteri Elok-Elok | Oh! Artis – Oh! Media

“Time Haram Bukan Main Kepit” – Reen Rahim Persoal Lelaki Melayu Segan Layan Isteri Elok-Elok | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Reen Rahim berkata, kebanyakan lelaki dilihat ego enggan pegang tangan isteri di khalayak.


Perkongsian pelakon Reen Rahim baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial apabila beliau menyentuh satu isu yang dianggap ‘common’ tapi jarang dibahaskan secara terbuka.

Reen mempersoalkan kebanyakan lelaki Melayu yang dilihat segan melayani isteri dengan baik di khalayak ramai.

“Time haram bukan main kepit…”

Tambah Reen, layanan yang diberikan segelintir suami ketika bercinta berubah mendadak apabila sudah menjadi pasangan halal.

Reen Rahim

Reen secara terbuka mempersoalkan sikap lelaki yang dilihat terlalu ego hingga sanggup ‘acah-acah’ garang dan terbawa-bawa cara generasi dulu-dulu.

Time haram bukan main ko kepit. Dah memang halal ko acah-acah pulak. Bongok betol. Kenapa depan orang ko nak kena paling acah2-acah suami yang terpaling ditakuti? Ikut sangat generasi dulu-dulu, bawak-bawak lah topup ilmu bang oi. Apa dalam kepala hotak korang sebenarnya. Korang tau tak istilah ’ego tu membunuh’.

Luahan ini menggambarkan realiti yang mungkin ramai pernah lihat atau alami sendiri, di mana layanan penuh kasih sayang berubah hanya kerana ingin menjaga imej di hadapan orang lain.

Netizen setuju dengan teguran Reen

Reen Rahim

Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan pandangan tersebut. Ada yang mengaitkan perkara ini dengan sikap lelaki yang lebih mengikut emosi berbanding tanggungjawab.

Tidak kurang juga yang menyentuh tentang sikap segelintir lelaki yang sukar menerima teguran, malah cepat melenting apabila dikritik.

Pssttt! Ego tak akan buat hubungan lebih kuat, malah boleh jadi punca renggang tanpa sedar. Kadang-kadang, perkara kecil macam pegang tangan pun cukup untuk buat pasangan rasa dihargai.

Kredit: Thread Reen Rahim
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top