Timbalan Ketua Perisikan Tentera Laut IRGC terkorban dalam serangan AS-Israel

Timbalan Ketua Perisikan Tentera Laut IRGC terkorban dalam serangan AS-Israel

 

ISTANBUL – Timbalan Ketua Perisikan Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Behnam Rezaei terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Iran.

Kematian beliau berlaku di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak susulan serangan yang dilancarkan oleh AS dan Israel pada 28 Februari lepas yang telah mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk pegawai kanan dan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan beberapa negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, mengakibatkan kemalangan jiwa, kerosakan infrastruktur, serta gangguan kepada pasaran global dan sektor penerbangan. – Bernama

 

 

Scroll to Top