Wanita tersepit bawah LRT berjaya diselamatkan bomba

Wanita tersepit bawah LRT berjaya diselamatkan bomba

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Bomba berjaya mengeluarkan wanita berusia 39 tahun yang tersepit di bawah

Stesen Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum, petang ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 6.19 berkaitan mangsa tersepit.

Menurutnya, pasukan dari balai jagaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai sembilan anggota lain-lain pangkat.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 6.24 petang didapati seorang mangsa jatuh dan tersepit di bawah LRT.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan dan muka. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 6.38 petang dan diberi rawatan awal seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd berkata, Perkhidmatan tren telah kembali beroperasi seperti biasa.

“Perkhidmatan tren alternatif juga ditamatkan. Waktu menunggu tren akan menjadi sedikit lama sementara kekerapan sedang diselaraskan,” katanya

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top