Oh! Artis
Fattah Amin fail semula kes hak lawatan anak, dakwa dah banyak kali bagi muka kepada Fazura.
Kemelut melibatkan hak lawatan anak antara pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura kembali hangat diperkatakan.
BACA: Fazura Didakwa Langgar Hak Lawatan Anak? Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin
Terbaharu, Fattah dilaporkan bakal memfailkan semula permohonan prosiding komital terhadap bekas isterinya itu selepas permohonannya sebelum ini ditolak.
Mahkamah minta permohonan diperincikan

Memetik laporan mStar, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Fattah berkata, penolakan permohonan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Selangor pada 31 Mac lalu bukanlah muktamad.
Sebaliknya hakim meminta beberapa perkara diperjelaskan sebelum permohonan baharu difailkan.
Saya dimaklumkan Fazura telah melanggar perintah mahkamah sebanyak enam kali, antaranya tidak menunaikan janji untuk memberikan hak lawatan Nur Fatima kepada bapanya dengan alasan berada di London.
Menurut peguam lagi, anak guamnya mendakwa sejak bercerai dia mengalami kesulitan untuk bertemu puteri tunggalnya.
Fattah didakwa beberapa kali memberi muka dan bersabar dengan pelbagai alasan yang diberikan bekas isteri.
Selepas banyak kali bagi muka, Fattah terpaksa melantik saya untuk memfailkan permohonan ini supaya perjanjian yang telah dipersetujui di mahkamah sebelum ini dipatuhi dan dihormati.
Dakwa sukar bertemu anak, pilih jalan undang-undang

Walaupun hak penjagaan penuh anak mereka, Nur Fatima Aisya diberikan kepada Fazura, Fattah masih mempunyai hak lawatan termasuk bermalam dua kali sebulan dan pertemuan tiga kali seminggu.
Pihak kami akan fail semula dalam masa terdekat kerana Fattah sudah cukup bertolak-ansur selama ini. Kali ini dia mahu mahkamah menentukan apa yang terbaik untuk menuntut haknya sebagai bapa kepada Nur Fatima.
Namun, hak tersebut didakwa sering dihalang dengan pelbagai alasan sehingga menyukarkan dirinya untuk meluangkan masa bersama anak tersayang.
Pssttt! Isu hak lawatan anak selepas perceraian bukan perkara kecil. Kedua-dua pihak perlu meletakkan kepentingan anak sebagai keutamaan, bukan emosi. Harapnya kemelut ini dapat diselesaikan secara baik demi masa depan Nur Fatima.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




