Iran beri amaran penutupan jangka panjang Selat Hormuz kepada AS-Israel, sekutu musuh

Iran beri amaran penutupan jangka panjang Selat Hormuz kepada AS-Israel, sekutu musuh

TEHERAN – Seorang jurucakap kanan Angkatan Tentera Iran berkata, Selat Hormuz akan ditutup kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk tempoh yang sangat panjang, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Bercakap dalam temu bual dengan televisyen kerajaan pada lewat Khamis, Jurucakap Angkatan Tentera Brigedier Jeneral Abolfazl Shekarchi menegaskan bahawa pihak berkuasa Iran telah memutuskan untuk menutup Selat Hormuz kepada kapal yang berkaitan dengan AS, Israel dan negara yang menyokong serangan terhadap Iran.

Beliau berkata, sepanjang konflik itu, beberapa kapal tangki telah diserang kerana melalui selat berkenaan tanpa kebenaran Teheran.

Pada 25 Mac, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi mengumumkan bahawa Iran membenarkan kapal milik negara sahabat melalui Selat Hormuz, termasuk Rusia, India, Iraq, China dan Pakistan. – Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

Scroll to Top