Ben Amir dinobatkan Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH ke-33

Kuala Lumpur: Ben Amir merangkul trofi Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam semalam.

Ini julung kali Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin dinobatkan sebagai pemenang di pentas ABPBH selepas enam tahun aktif dalam dunia hiburan.

Ben yang mencipta gelombang populariti menerusi drama Sweet Dreams berjaya mengetepikan 19 pencabar lain seperti Alif Satar, Shukri Yahaya, Fattah Amin dan Redza Rosli.

Kemenangan ini dianggap detik bersejarah buat jejaka yang dikenali dengan watak Qash Adam menerusi drama Sweet Dreams bergandingan bersama Mira Filzah.

“Kemenangan pertama selepas lapan tahun di pentas seni. Saya cukup terharu dengan sokongan peminat”, katanya.

“Ia pencapaian yang saya hargai dan dengan anugerah ini akan terus memperbaiki kelemahan diri”, tambahnya.

“Di sebalik apa jua kontroversi pun, saya percaya bakat lakonan yang perlu lebih diutamakan. Saya juga tak boleh terus leka dengan kemenangan ini. Ia isyarat untuk terus bekerja keras,” katanya lagi.

Sumber: BH

Akmal Hakim
Glamour Desk

Scroll to Top