Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil meluahkan pandangan peribadinya mengenai sikap segelintir individu yang dilihat mudah membuka aib bekas pasangan selepas hubungan berakhir.
Menurut Fazley, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku memandangkan ketika hubungan masih baik, segala kelemahan pasangan biasanya dijaga dan dirahsiakan dengan baik.
“Kenapa bila bercinta dan berkasih sayang semua kelemahan kita pelihara elok, tapi bila dah putus mudah sangat kelemahan pasangan dipamerkan untuk pengetahuan umum. Bincangkan!,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Kenyataan itu sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang turut berkongsi pandangan masing-masing mengenai isu membuka aib selepas perpisahan.



Dalam masa sama, luahan tersebut dilihat sebagai peringatan agar setiap individu menjaga adab dan batas walaupun hubungan tidak lagi berpanjangan, selain menghormati privasi antara satu sama lain.
Artikel Berkaitan:“Memanglah 2 Insan Bercinta Bunyinya Indah Belaka, Realitinya Macam Makan Jering” – Fazley Yaakob
Artikel Berkaitan:“Tak Ada Salahnya Kahwin Dengan ‘Bekas’ Orang” – Fazley Yaakob
Artikel Berkaitan:Belajar Tak mencemuh Makanan, Fazley Yaakob Minta Netizen Bersabar -“Tak Perlu Sombong Rasa Macam Korang Terpaling Juri Masterchef”
Artikel Berkaitan:“Ramai Suami Tak Berani Bersuara” – Fazley Yaakob Dedah Lebih 50% Perkongsian Di Threads Datang Dari DM Pengikut
Artikel Berkaitan:“Ramai Sangat Isteri Tak Suka Buat Kerja Rumah, Bila Suami Ada Orang Lain Pandai Pula Mengamuk” – Fazley Yaakob




