Iran, Oman bincang peranan eksklusif kedua-dua negara di Selat Hormuz

Iran, Oman bincang peranan eksklusif kedua-dua negara di Selat Hormuz
Iran, Oman bincang peranan eksklusif kedua-dua negara di Selat Hormuz

Susulan pelancaran pencerobohan ketenteraan haram dan tanpa provokasi oleh AS dan Israel pada 28 Februari, Iran mengambil kawalan ke atas Selat Hormuz.

TEHERAN – Timbalan menteri luar Iran dan Oman mengadakan mesyuarat maya pada Ahad bagi menegaskan peranan eksklusif kedua-dua negara di Selat Hormuz dalam menghadapi tindakan Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel yang menggugat kestabilan serantau, lapor Mehr News Agency (MNA).

Mesyuarat itu diadakan menerusi sidang video dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Perundangan dan Antarabangsa, Kazem Gharibabadi, serta rakan sejawatnya dari Oman, Sheikh Khalifah al-Harethi, bersama penyertaan pakar teknikal dan perundangan dari kedua-dua negara.

Kedua-dua pihak meneliti dan membincangkan situasi semasa di rantau itu di tengah-tengah perang AS-Israel serta isu berkaitan laluan selamat Selat Hormuz, sambil menegaskan peranan eksklusif Iran dan Oman sebagai negara pesisir bagi laluan perairan strategik itu.

Pakar dari kedua-dua negara mengemukakan beberapa pandangan dan cadangan, yang dipersetujui untuk diteliti dengan lebih lanjut menerusi perbincangan serta lebih banyak mesyuarat.

Susulan pelancaran pencerobohan ketenteraan haram dan tanpa provokasi oleh AS dan Israel pada 28 Februari, Iran mengambil kawalan ke atas Selat Hormuz sambil menegaskan bahawa laluan perairan penting itu ditutup kepada pihak penceroboh serta mana-mana negara yang membantu mereka. – Bernama-MNA

Scroll to Top