Daelife Green Plus unggul, catat jualan tertinggi produk suplemen

Daelife Green Plus unggul, catat jualan tertinggi produk suplemen

KUALA LUMPUR – Jenama suplemen terkemuka, Daelife Green Plus, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri kesihatan apabila diiktiraf sebagai jenama dengan jumlah jualan produk makanan tambahan tertinggi bagi tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Danson KC berkata, pengiktirafan daripada The Asia Records itu membuktikan komitmen tinggi syarikat dalam mempromosikan gaya hidup sihat melalui rumusan produk yang saintifik.

Menurut beliau, kejayaan itu juga mencerminkan dedikasi pasukan terhadap aspek kualiti sehingga berjaya meraih kepercayaan tinggi daripada pengguna dalam industri kesejahteraan.

“Kami sangat berbangga dengan catatan rekod ini dan ingin menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan. Pencapaian ini menjadi motivasi untuk kami terus berinovasi dalam bidang suplemen kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Danson KC berkata Daelife Green Plus sangat berbangga dengan catatan rekod ini dan ingin menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan

Danson KC berkata Daelife Green Plus sangat berbangga dengan catatan rekod ini dan ingin menzahirkan penghargaan kepada semua pelanggan

Mengulas mengenai keunikan jenama itu, Danson menjelaskan Daelife Green Plus merupakan pakar suplemen yang dirumus khas untuk menyokong kecergasan, khususnya pada waktu malam.

Jelasnya, produk tersebut bertujuan meningkatkan kualiti rehat serta membantu proses pemulihan badan dengan lebih berkesan.

“Sejak ditubuhkan pada 2019, platform e-dagang penjagaan kesihatan ini berkembang pesat seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan.

“Melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama bertahun-tahun, kami melihat sendiri bagaimana produk ini berjaya membantu meningkatkan kualiti hidup pengguna,” katanya lagi.

Tambah beliau, pihaknya sentiasa memastikan setiap produk menggunakan bahan semula jadi sepenuhnya bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pelanggan.

“Saya percaya produk ini mampu membawa impak kesihatan yang lebih baik kepada orang ramai, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia,” ujarnya yang menyasarkan untuk membantu lebih ramai individu melalui pelancaran produk-produk baharu.

Sebelum ini, Daelife Green Plus turut melakar sejarah apabila memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk Asia Honesty Enterprise Award, Asia’s Top 100 Honesty Brand Awards, Asia Honesty Product Award dan Asia Honesty Entrepreneur Award.

Kejayaan cemerlang jenama ini turut didokumentasikan dalam buku pencapaian Asia Record Book 2025/2026 yang kini boleh didapati di pasaran.

Scroll to Top