'Arwah bapa bukan dibunuh, mungkin kena serangan jantung'

'Arwah bapa bukan dibunuh, mungkin kena serangan jantung'

am@hmetro.com.my

Melaka : “Tolong hentikan penularan berita palsu ini… tiada kesan tikaman ditemui pada tubuh bapa saya,” kata Azlina Md Said, 50, anak warga emas yang ditemukan meninggal dunia di Pengkalan Batu, di sini, hari ini.

Wanita itu turut menafikan bapanya, Mat Said Bidin, 79, terbabit kes bunuh, dan warga emas itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Katanya, arwah bapanya tidak pulang ke rumah sejak semalam sebelum usaha pencarian dilakukan oleh ahli keluarga.

“Pagi tadi kami jumpa motosikalnya sebelum menemuinya berhampiran kawasan pokok kelapa.

“Kalau kena bunuh, mesti ada kesan tikaman, tapi langsung tiada,” katanya.

Azlina berkata, dia percaya bapanya ke kawasan berkenaan untuk mencari hasil kampung seperti kelapa, jering dan mangga sebelum dipercayai mengalami serangan jantung.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan mencurigakan sehingga mencetuskan spekulasi berlaku kes bunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top