am@hmetro.com.my
Alor Setar: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tiba di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, yang meninggal dunia akibat lemas, malam ini.
Fadhlina yang tiba jam 10.40 malam di HSB sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu dengan keluarga dua penuntut terbabit, selain menziarahi mendiang Christoper Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang di bilik mayat HSB.
Beliau kemudian meninggalkan perkarangan HSB pada jam 11 malam.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Abdul Rahim Mat dan Pengarah JPN Perlis, Rose Aza Che Arifin, pengurusan IPG Kampus Perlis serta rakan-rakan mendiang.
Kedua-dua penuntut terbabit menuntut dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Jasmani) IPG Perlis di Tahun Dua.
Sementara itu, keranda yang membawa jasad dua penuntut terbabit yang diletakkan dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 11.15 malam.
Keranda yang membawa mendiang Jia Siang dan Lin Siang dijangka berlepas ke Kuching dan Sibu, Sarawak esok.
© New Straits Times Press (M) Bhd




