Seorang maut, 2 cedera lori bawa muatan minyak meletup

Seorang maut, 2 cedera lori bawa muatan minyak meletup

BANDAR RAYA PANAMA: Seorang maut manakala dua lagi cedera pada Isnin selepas sebuah lori membawa bahan api meletup berhampiran jambatan yang merentasi Terusan Panama, kata pihak berkuasa.

Kejadian berlaku di sebuah kompleks di mana lori tangki membawa bahan api berada bersebelahan Jambatan Amerika, yang merentasi terusan antara lautan tersebut.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan letupan itu disertai dengan bola api dan awan tebal asap yang keluar dari kawasan berkenaan.

Ketua Bomba Panama, Victor Alvarez berkata, seorang individu yang dipercayai bekerja di kompleks itu maut akibat letupan tersebut, manakala dua anggota bomba mengalami kecederaan ringan.

Pihak Berkuasa Terusan Panama melaporkan letupan itu tidak menjejaskan operasi terusan.

Jambatan Amerika ditutup selepas kejadian, dan dijadual menjalani pemeriksaan pada Selasa untuk menentukan sama ada ia mengalami kerosakan akibat letupan tersebut. – AFP

Scroll to Top