Anwar Ibrahim Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Terkesan

Anwar Ibrahim Beri Jaminan Malaysia Tidak Akan Terkesan

Oh! Negara

Bekalan minyak Malaysia kekal stabil walaupun harga mungkin naik, kata Anwar Ibrahim. PETRONAS jadi faktor utama jaminan bekalan.


Malaysia dijangka tidak akan mengalami krisis bekalan minyak dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Walaupun begitu, kemungkinan kenaikan harga bahan api masih boleh berlaku.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memberi jaminan bahawa bekalan minyak negara masih berada dalam keadaan terkawal.

Anwar Ibrahim jamin bekalan minyak Malaysia masih terkawal

Minyak Naik

Menurut Anwar, antara faktor utama yang membantu kestabilan ini adalah peranan PETRONAS yang mempunyai rekod prestasi cemerlang.

Justeru, kita tidak menghadapi krisis dari segi bekalan. Mungkin terdapat sedikit gangguan harga tetapi bagi beberapa bulan akan datang, bekalan adalah agak terjamin.- Katanya.

Malaysia juga merupakan pengimport bersih minyak, namun produk tempatan yang berkualiti tinggi memberi kelebihan dari segi hubungan dengan negara pengeluar minyak.

Bekalan LNG juga tidak terjejas dan pelarasan subsidi BUDI95 bantu kestabilan

Iran

Dalam masa sama, kerajaan turut memberi jaminan bahawa bekalan gas asli cecair (LNG) negara juga berada dalam keadaan stabil.

Ini kerana Malaysia mempunyai pengeluaran LNG yang besar selain hubungan import yang kukuh dengan negara seperti Australia dan juga perolehan dari Kanada.

Mulai 1 April lalu, kerajaan telah menyelaraskan kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan.

Langkah ini dibuat bagi memastikan subsidi bahan api lebih bersasar, terutama dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu serta konflik di Asia Barat.

Menariknya, majoriti rakyat sebenarnya menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan, jadi perubahan ini tidak memberi kesan besar kepada kebanyakan pengguna.

Pssttt! Kalau harga minyak naik, memang tak dapat dielak sepenuhnya. Tapi korang kena bijak urus penggunaan dan perbelanjaan harian supaya tak terbeban. Kadang-kadang benda kecil macam jimat minyak pun boleh bagi kesan besar pada kewangan kita.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top